Monday, January 31, 2011

Loh Pie Wen tentang Jisim

~Burger bernama Big Bob's Texas Belt Buster. 

~Kelahiran burger bermula dengan roti yang dibuat di Bob di kedai roti dan kemudian 25 Kg (55,12pounds) daging lembu yang terbaik di Bob dimasak selama 6 jam dan turun ke 20.4 Kg (45 pounds). Burger ini  dilengkap dengan dengan 2 kepala besar salad, 15 tomato, 4 bawang besar, 35 potong keju, 1 ? cawan mustard, 1 cawan sos tomato, 4 acar utuh, 4 jalape?os .

Loh Pie Wen tentang Masa

2. Masa rekod seorang pelari 
Kenenisa Bekele 


~merupakan pelari jarak jauh yang memegang rekod dunia dan rekod Sukan Olimpik terbaik dalam peristiwa 5000 meter dan 10,000 meter . 

~memenangi  tempat kedua emas dalam Sukan Olimpik 10.000 meter (27:01.17) dan pertama emas dalam 5.000 meter (12:57.82).
~rekod yang lain:

Jarak
Masa(minit)
Tarikh
Tempat
1500m
3:32.35
28 September 2007
Shanghai
3000 m
7:25.79
7 Ogos 2007
Stockholm
5000m
12:37.35
31 May 2004
Hengelo
10000m
26:17.53
26 Ogos 2005
Brussels



Loh Pie Wen tentang Panjang

Burj Khalifa
~dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah 
pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah.

~Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas,kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina.

~Merupakan pencakar langit tertinggi hingga paras puncaknya iaitu 828 m (2,717 ka).

~Bangunan ini mempunyai tingkat sebanyak 160.

~Menpunyai lif terlaju di dunia ,iaitu pada kelajuan 64 km/j (40 bsj) atau 18 m/s (59 kaki/s)

Sunday, January 30, 2011

Asuwani Thayer Tentang Masa

Pelari Pecut Jamaica Usain Bolt Pecah Rekod Dunia lagi
Pelari pecut dari Jamaica, Usain Bolt yang berusia 23 tahun dan mempunyai ketinggian 6 kaki 5 inci itu berjaya sekali lagi memecahkan rekod dunia dalam acara 200m dengan catatan masa 19.19s.

Bolt berjaya memecah rekod lamanya iaitu 19.30s. Pada Ahad lepas, Bolt memecah rekod dunia dalam acara 100m apabila berjaya mencatat masa 9.58s.

Dengan kejayaannya ini, Bolt merupakan pemegang rekod dunia dalam acara 100m dan 200m. Beliau juga adalah pemenang pingat emas Olimpik di Beijing pada tahun 2008.

Asuwani Thayer Tentang PanjanG..

DUBAI: Burj Dubai yang akan dibuka, akan dicatatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia, dan berkongsi penghormatan ini adalah firma pembinaan struktur keluli Malaysia, Eversendai Corporation.
Menurut pengarah urusan kumpulan, Datuk A.K. Nathan, 260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang telah dibina oleh Eversendai.
“Kami adalah syarikat pertama di dunia yang membuat kerja-kerja pembinaan pada lebih 700 meter. Tiada sesiapa di dunia pernah bekerja pada ketinggian ini,” katanya kepada Bernama di sini.
Laporan sebelum ini telah menyebut bahawa Burj Dubai berketinggian melebihi 800 meter dengan lebih 160 tingkat.
Pemajunya, Emaar Properties tidak memberi kepastian mengenai ketinggian sebenar menara itu, walaupun terdapat kenyataan bahawa puncak menara boleh dilihat dari sejauh 95 km.
Burj Dubai dijangka dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 oleh Timbalan Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan pemerintah Dubai,Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.
Nathan berkata Eversendai juga menjalankan kerja-kerja struktur keluli pada lain-lain bahagian pembinaan Burj Dubai.
“Kami telah menyempurnakan kesemuanya tanpa apa-apa kemalangan,” katanya.
Nathan juga berkata Eversendai mempunyai hubungan kerja yang baik dengan kontraktor utama menara itu, Samsung Corporation dari Korea Selatan.
Kedua-dua syarikat telah terbabit dalam pembinaan Menara Kedua di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
Mengenai pengalaman Eversendai di UAE, beliau berkata: “Kami tiba di sini pada pertengahan tahun 90an dan kontrak pertama kami adalah hotel Burj Al Arab, di persisir pantai Dubai.
Selepas itu, Eversendai menerima pelbagai projek bernilai jutaan ringgit di UAE dan Qatar.
Buat masa ini, Eversendai terbabit dalam beberapa projek di Qatar termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Doha dan Dubai Towers-Doha.
Nathan berkata ia bukan sesuatu yang mudah bagi Eversendai untuk berada pada kedudukannya sekarang.
“Sesebuah syarikat yang mahu berkembang ke luar negara harus telah membangunkan kebolehannya serta mesti mempunyai kewangan yang kukuh.
“Tanpa semua ini, sukar untuk menembusi pasaran luar negara. Walaupun mungkin ada sokongan dari kerajaan, kerajaan juga mempunyai batasnya,” kata Nathan.
“Kejayaan menyiapkan projek akan memberi reputasi yang baik. Ini akan membina kepercayaan dan syarikat itu kemudian boleh menjangka lebih banyak projek lain,” tegas Nathan.
Beliau berkata syarikat-syarikat Malaysia yang mahu berkembang ke bahagian sebelah sini dunia juga harus memahami cara kerja di sini untuk berjaya.
Mengenai Eversendai, beliau percaya firmanya telah membina reputasi yang cemerlang bukan sahaja untuk syarikat, tetapi juga untuk Malaysia.
“Kami telah memenangi banyak projek kerana pelanggan kami gembira dengan sumbangan kami. Jadi, mereka sering kembali dengan tawaran-tawaran lain,” tambah beliau. -BERNAMA

Struktur tertinggi ketika ini ialah Burj Dubai, sebuah pencakar langit yang masih dalam pembinaan di Dubai yang telah mencapai 636 m (2,087 kaki) pada 12 Mei 2008

Asuwani Thayer Tentang Jisim

Limo yang paling berat di dunia

LOS ANGELES - Sebuah limousin di Amerika Syarikat (AS), Midnight Rider, mencatat nama dalam Guinness Book of Records sebagai yang paling berat di dunia dan berkemungkinan yang terbesar.
Limousin itu boleh membawa 40 orang dan turut mempunyai ruang untuk aktiviti tarian tiang dan seberat 22.7 tan selain 22 buah tayar.

Ia sepanjang 21.3 meter, dilengkapi tiga ruang rehat, sebuah bar dan lima set televisyen, sistem bunyi dan penerima kabel satelit.

"Kenderaan ini merupakan limousin paling mewah dan unik di dunia dengan ruang keseluruhan seluas 42.7 meter persegi," kata pemiliknya, Pamela Bartholomew Machado, dari negeri California.

"Ia lebih menyerupai sebuah kelab malam bergerak walaupun dikategori sebagai limousin," tambahnya 
Kenderaan itu yang disewakan pada kadar AS$1,030 (RM3,146) untuk sejam, memerlukan penyewa memperuntukkan wang AS$713 (RM2,178) bagi mengisi minyak penuh. - Agensi
bahagian dalam limousin










bahagian luaran limousin