Thursday, February 3, 2011

Fakta Menarik Lowoyon

JISIM



Kura kura Galapagos (Geochelone elephantopus) terkenal di seluruh dunia sebagai jenis kura kura terbesar di dunia. Kura kura ini makin terkenal setelah menjadi obyek penelitian ilmuwan terkemuka dunia, Charles Darwin. Bahkan kura kura ini menjadi salah satu pencetus teori Evolusi Darwin yang sangat terkenal itu.
 
Kura kura Galapagos memiliki berat hingga 400 kilogram dan panjang 1,8 meter. Keunikan lainnya kura kura Galapagos adalah usia hidupnya yang panjang. Seekor kura kura Galapagos dapat mencapai umur hingga 100 tahun.

Bahkan kura kura Galapagos tertua saat ini ditengarai berumur 170 tahun.
Di habitatnya, Kepulauan Galapagos di Samudra Pasifik, diperkirakan hanya tersisa 20.000 ekor spesies kura kura Galapagos. Karena itu daerah sekitar Kepulauan Galapagos kini ditetapkan sebagai daerah cagar alam untuk melindungi keberadaan salah satu jenis kura kura terbesar di dunia ini.

PANJANG



Penganjuran Karnival MI 2010 Zon Sarawak yang lalu melihatkan penghasilan kek lapis Sarawak terpanjang di Malaysia. Seramai 20 pengusaha kek lapis Sarawak telah berganding bahu untuk menghasilkan kek lapis sepanjang 18 meter ini.

Penghasilan kek lapis Sarawak yang terpanjang ini menggunakan sebanyak 9,000 biji telur, 300 kilogram tepung, 300 kilogram gula dan 600 kilogram mentega. Acara ini adalah merupakan usaha Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak untuk mengutip dana untuk tabung amal bagi pertubuhan-pertubuhan kebajikan Sarawak. Setakat hari ini (Rabu, 27 Oktober 2010), sebanyak RM5,090.00 telah berjaya dikutip, hasil daripada wang pembelian kek lapis tersebut oleh pengunjung Karnival MI 2010 Zon Sarawak.

MASA

Peringkat pertama berjalan dengan baik sekali dengan perlumbaan sejauh 94.3km bermula di Dataran Lang dan tamat di Pekan Kuah, Langkawi.

Peringkat ini dengan laluan hampir landai dengan tiga zon pecutan dan tiga KOM(Cat 4) yang mana pelumba Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini - Neri Sottoli berjaya menawan peringkat ini dengan catatan masa 2 jam 3 minit 28 saat meninggalkan pelumba di tempat kedua dari pasukan kebangsaan Korea iaitu Park Sung Baek dan tempat ketiga di sandang oleh pelumba kelahiran Terengganu, Mohd Harrif Salleh dari Pasukan Terengganu ProAsia Cycling(TSG) dengan purata kelajuan 45.83km/h.



No comments:

Post a Comment